Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengesan salah laku sebuah syarikat pembungkus minyak peket bersubsidi yang disyaki menipu jumlah timbangan. <br /><br />Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata, serbuan operasi pemutihan di sebuah syarikat di negeri itu pada Khamis mendapati, berat minyak peket subsidi yang ada hanya sekitar 900 hingga 980 gram.